Saturday, January 22, 2022

Pengalaman menjalani latihan industri

 Assalammualaikum and hai.

First story aku nak ceritakan pengalaman latihan industri aku .

Aku melaporkan diri disebuah syarikat  #. Pada mulanya,aku bahagia campor excited.Yalah,first time kan  nak  merasa alam pekerjaan yang sebenar. Lagi-lagi nak luahkan apa yang dah  belajar kat  universiti walaupun sememangnya akan banyak lari hehe.

Minggu pertama aku ditugaskan untuk menguruskan projek besar . Takut juga tapi nak bagi keyakinan dan impression pada company aku cuba sehabis baik.Tapi kalian tahu apa yang jadi? Aku dimaki .But ,normal kan . Tapi yang tak normal bila berurusan dengan orang yang suka putar alam ni. Mula kata proceed,tiba bila dah submit dia cakap macam-macam.Ayat yang baik-baik sebelum submit dia sebut pada kita terus  jadi negatif dan  kita dimaki depan orang ramai.Aku diam je.Sebab kalau pertahankan diri pon tak guna.Aku cuba positifkan diri,mungkin dia ubah fikiran  dan baru perasaan sisi buruk kerja aku buat.Okay situ dah habis.Next

Aku pendekkan cerita,sejak kejadian tu. Satu-satu projek aku ditarik. Maki,kata-kata kasar menjadi makanan hampir setiap minggu. Aku cuba juga untuk relax kan diri supaya masih boleh berfikir dengan waras.Walaupun kena macam-macam aku still diamkan diri dan tak melawan pon. Mungkin sebab tu kot makin menjadi-jadi kata aku macam-macam. 

Kerja  sampai malam pon orang takkan hargai.Thats why, kerja je ikut masa Cukup masa stop n balik.Lainlah kalau tempat kau okay tu bolehla kau fikir balik.Aku masa tu stress juga ,yalah asyik kena maki je tanpa sebab.Kalau membina tak pa,ni tibahhh 

Ada satu kejadian ni aku pelik bila semua macam palau aku. Rupanya,orang tu buat cerita tentang aku,Aihhhhh. Apa salah aku ,masa tu sedikit pon aku tak takut sebab aku tak buat salah apa pon.Aku cuma sedih tergamak dia buat macam tu sedangkan aku tak pernah melawan dia sikit pon.Tu orang cakap,baik biar bertempat nanti orang makin pijak kepala kita.

Sejak tu,orang pandang serong kat aku.Layanan pon dah lain.Tapi aku rasa aku tak perlu jelaskan apa-apa.Orang yang kurang bijak je amik bulat-bulat kata fitnah ni. 

Aku paling sedih bila tengok markah dia bagi teruk yang amat sangat. Aku putus harap dan risau kalau gagal. But,aku yakin Allah takkan membiarkan hambaNya dianiaya.

Korang ada pengalaman praktikal.Meh la share dikomen 😍


Platform pencarian menjalani latihan industri

  Assalammualaikum dan hai. Hari ni aku nak kongsi tempat yang korang boleh rujuk untuk mencari tempat praktikal. 1.Facebook Internship/Prak...